Sunday 31 May 2015

Jurnal 2/44 : Nilai sebuah buku

Teks : Nor Azlina Najib 

Ralat.....saya sangat ralat kerana saya sayangkannya.
Saya sayangkan buku-buku, majalah2 saya...
Tapi bila majalah Aulad anak saya keluaran Jun 2015, di sentap rakan sebaya beliau sehingga terkoyak...saya rasa terhiris, saya rasa tercabar. Kenapa?? 


Saya didik anak saya hormat pada buku, hormat pada ilmu...tapi bila bercampur dengan persekitaran luar, sungguh mudah perasaan itu dinodai..
Nampak simple...buku, alatulis...memang tak mahal, alaa cuma Rm3 sahaja. Tapi sejauh mana usaha untuk mendapatkan Rm3 itu adalah berbeza bagi setiap orang. Saya didik anak saya untuk mendapatkan apa yang dia mahukan dengan MENABUNG. Tapi bila hasil tabungan itu koyak, ia menunjukkan


Kalau sebelum ini, saya boleh diam bila bawa pensil sebatang, esoknya anak mengadu..dia ke sekolah tanpa pensel, tanpa pensil warna yang lengkap, tanpa pemadam, tanpa pembaris..saya belikan, saya gantikan..dengan harapan, setakat itu sahaja rezeki kakak. Apalah sangat untuk berkira dengan budak-budak..Tapi bila ianya kerap, lama-lama busut semut pun boleh rata...jangankan bukit, busut semut jerk pun nampak benar terhakis..
Ini buku, majalah agama,..ilmiah. Bukan sehari dua nak baca, lepas baca boleh bungkus nasi lemak macam Berita Hari2an, Berita Minggu2an...boleh di wariskan untuk adik2, untuk saya membaca even buku kanak-kanak jer pun, tapi.....
Sesal sesuku nyawa

Thursday 28 May 2015

Jurnal 1/44: Menjana Pendapatan Sambil Bekerja

Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : Google


Menjana Pendapatan Sambil Bekerja, itulah tajuk blog hasil dari analisis soalan yang diajukan ketika menyertai program Akademi Bekerja Di Rumah. Sekali imbas, banyak persoalan dan idea yang boleh dikupas untuk entry kali ini. Tetapi semuanya timbul apabila anak semakin bertambah dan membesar. Kerap kali memikirkan alangkah indahnya hidup bila dapat berkelek dengan anak 24 jam sehari. Bangun menyiapkan sarapan, mandikan anak-anak, menghantar kakak Khaliqah ke sekolah kemudian balik menguruskan rumah sambil bermain dengan adik Khalisya.

Pejam celik, pejam celik usia kakak telah menghampiri 6 tahun manakala adik pula telah mencecah setahun pada 3 Mei yang lepas. Terasa masa berlalu sangat pantas sehinggakan proses membesarkan anak-anak menjadi semakin singkat. Tidak lama lagi kakak akan memasuki alam persekolahan, Darjah Satu. Kakak akan lebih masa di luar rumah bilamana aktiviti persekolahan menuntut kakak berada sekurang-kurangnya 6 jam di sekolah. 

Umi ? Masih lagi banyak menghabiskan masa di jalanraya, di pejabat menghadap wajah yang sarat dengan pelbagai emosi dan tidak mustahil juga akan ada waktu umi kerja di luar pejabat. Sesuatu yang sebelum ini cuba dielakkan, tetapi jika kerana tugasan umi sanggup berhabis wang ringgit semata-mata memastikan tiada hari yang berlalu tanpa anak di sisi. 

Alhamdulillah, persekitaran kerjaya sekarang tidak membebankan emosi sehingga jiwa dan minda kacau. Tetapi, sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri, atau berhijrah ke persekitaran yang lain pula. Produktiviti kerjaya tidak akan meningkat kalau bertahun-tahun membuat perkara yang sama, berjumpa rakan yang sama, partition yang sama. Cukuplah 3 tahun di satu-satu tempat untuk menjadi 'master' dalam skop kerja itu.

Bila di fikirkan soal berhijrah, tidak sanggup rasanya jika perubahan nanti memberikan impak negatif kepada diri, emosi, mental dan secara tidak langsung memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga. Oleh kerana itu, telah lama umi bercita-cita untuk melepaskan jawatan ini dan dapat membesarkan, mendidik anak-anak dengan acuan umi sendiri. Tapi umi sedar, kos sara hidup semakin besar dan meningkat. Umi kena lakukan sesuatu untuk membantu abah. Bukannya untuk hidup bermewah-mewah, cukup makan minum, cukup pendidikan, cukup duit perubatan dan belanja pada ibu bapa. 

Tambahan pula, umi suka berkongsi kan dengan rakan-rakan sekiranya sesuatu produk, perkara atau ilmu itu bermanfaat kepada umi. Manalah tahu, jika membantu rakan-rakan juga. Sebab itu, umi cuba menjana pendapatan sampingan walaupun sambil bekerja. Insha allah, sudah hampir 

Kerja hakiki memperuntukkan masa dari jam 8.30am hingga 5.30pm. Kerja sampingan hanyalah ketika waktu rehat (lunch hour) atau sekitar jam 6.00pm - 8.00pm. Cukup 2-3 jam sahaja. Cuma perlukan semangat dan tekad yang tinggi, dengan harapan perniagaan yang bermula dengan 'suka-suka' ini akan dapat menjana pendapatan berlipat kali ganda dari gaji hakiki sedia ada. 

Namun begitu, perlu diingatkan antara perniagaan dan kerja hakiki perlu seimbang. Bunyi agak sukar, tetapi ianya bukanlah mustahil. Sudah ramai yang telah membuktikannya.

Apa yang penting adalah tips jika ingin berjaya seperti mereka. Entry selanjutnya akan membincangkan tentang tips kejayaan menjana pendapatan tambahan sambil bekerja.

Thursday 21 May 2015

Salam Ukhwah Fillah

Teks : Nor Azlina Najib

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.  

Terlebih dahulu saya hulurkan salam perkenalan kepada semua pembaca yang sudi singgah ke blog baru ini.

Nama penuh saya Nor Azlina binti Najib. Dilahirkan pada 9hb November 1981, di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).  Saya lebih dikenali dengan panggilan "Along" yang merujuk kepada anak sulung daripada empat orang adik beradik, malahan saya juga anak tunggal perempuan kepada pasangan suami isteri Najib & Hawa. Walaupun dilahirkan di Kuala Lumpur, masa tumbesaran lebih banyak di habiskan di Perak lantaran kerjaya abah sebagai anggota Polis Diraja Malaysia membuatkan kami tidak menetap di satu-satu tempat dalam tempoh yang lama. Lokasi terakhir abah dan mastautin tetap kami adik beradik kini adalah di kampung kelahiran abah, Kuala Kangsar.

Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Jalan Pudu. Kemudiannya berpindah ke SRK Sri Kinta, Ipoh dan pendidikan menengah di aliran teknik di Sek. Menengah Teknik Persiaran Brash, Ipoh dalam jurusan Perdagangan. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam setelah tamat memegang Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi Malaysia. Atas rasa ketidakpuasan hati ekoran tidak mendapat tempat melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah walaupun berakhir dengan CGPA yang tinggi, maka saya melanjutkan pelajaran secara separuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia, juga dalam bidang Perakaunan.

Perjalanan sebagai suri rumah tangga separuh masa bermula pada hari konvokesyen saya, iaitu pada 9hb Ogos 2008 dan kini mempunyai 2 cahayamata perempuan, iaitu Nur Khaliqah berusia 6 tahun dan Annur Khalisya yang genap setahun pada May 2015. 

Kerjaya saya kini adalah bertitik tolak daripada minat saya dengan matematik, dengan kira-kira & juga debit kredit akaun. Maka tempoh perkhidmatan yang hampir mencecah 12 tahun pada Jun ini sepatutnya menjadikan saya lebih arif dengan kewangan di sektor kerajaan. Tetapi seringkali saya di berikan tugasan naziran, pemantauan dan khidmat nasihat telah mengubah persepsi diri saya dan kerjaya saya. Ini kerana semasa tamat pelajaran Diploma, saya menolak bidang pendidikan atau dalam erti kata lain, saya menolak kerjaya sebagai seorang guru. Memandangkan tahap kesabaran saya yang ada pasang surutnya yang pada pandangan saya kerjaya seorang guru itu memerlukan tahap kesabaran dan kasih sayang yang tinggi. 

Tapi, jika di muhasabah semula, kerjaya saya kini juga lebih terarah kepada memberi pendidikan dan kefahaman dalam sesuatu perkara walaupun tidak menyandang jawatan sebagai seorang guru secara formal. Namun begitu, jauh di sudut hati saya lebih gemar dan serasi dengan menceburi dunia perniagaan.

Ini kerana sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah saya sudah di dedahkan dengan berniaga secara kecil-kecilan walaupun dengan menjual nasi lemak untuk santapan rakan-rakan sekolah. Cuti sekolah dan cuti semestar juga lebih banyak terisi dengan membantu ibu berniaga membuka gerai kecil di kawasan perumahan. Oleh itu, walaupun mempunyai kerjaya tetap, saya masih lagi menceburi dunia perniagaan seperti networking bisnes contohnya DCL, Elken, Bob2e dan Unicity malahan pernah juga membuat dan menjual coklat sebagai hamper hari raya. 

Kesemua syarikat yang disebutkan di atas kebiasaannya memasarkan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang mana sudah pasti saya akan lebih dahulu menggunakannya sendiri, atau menjadikan diri saya sebagai testimoni sebelum memasarkan kepada rakan-rakan lain. Oleh kerana kecenderungan saya adalah berkongsi sesuatu yang saya rasakan dapat memberi manfaat kepada kualiti kehidupan yang lebih baik, maka saya akan bercerita sahaja tentang produk tersebut berdasarkan pengalaman peribadi tanpa ada paksaan untuk membuat belian kepada sesiapa sahaja.

Setelah berumahtangga dan mempunyai keluarga kecil, saya mula memikirkan soal kualiti masa bersama suami dan anak-anak terutama sekali sekiranya saya di minta untuk bekerja luar (outstation). Perasaan berat hati untuk meninggalkan anak-anak terbeban kepada ibu saya yang bertindak sebagai pengasuh membuatkan saya mula mencari panduan dan asas untuk mengukuhkan ekonomi melalui bisnes terutamanya perniagaan tanpa mengeluarkan modal yang besar. Saya juga bertekad untuk keluar dari zon selesa dan mahu hidup bebas dari hutang dan berazam untuk mendidik dan menjaga anak-anak sepenuh masa.

Semoga dengan ruang lingkup dan masa yang terhad ini, saya dapat manfaatkan sesuatu melalui pembacaan, pengalaman saya kepada pembaca di luar sana terutamanya kepada mereka yang berminat untuk memulakan bisnes online tanpa perlu meninggalkan kerjaya sedia ada.

Sekian dahulu buat masa ini, moga bertemu di artikel selanjutnya.