Friday 31 July 2015

Jurnal 24/44 : Fokus kepada penyelesaian, bukan MASALAH

Zassss....i'm the one of motivator, mana mungkin aura negative disebarkan oleh saya.

Back to positive again....stay positive, jangan fokus kepada masalah, cari penyelesaian..

Kalaupun mungkin harga minyak naik, siapalah saya sebagai peniaga kecil mampu menahan harga pasaran. Jadi, penyelesaian terhampir ketika ini adalah hari untuk pos produk hanya di buat 2kali sehari (Isnin & Rabu/Khamis).

Ohhh ya, saya mungkin bernasib baik kerana saya bertindak sebagai pengurus online ABDR, maka produk ABDR seperti kelas blog penulisan dan blog bisnes yang hanya beroperasi di rumah meminimakan perbelanjaan petrol. Tenaga pengajar dari sumber komunikasi sedia ada.

Dropship juga amat sesuai ketika ini, hanya mengambil pesanan pelanggan dan majukan kepada pembekal untuk penghantaran. Untung atas angin dari komisen dari pembekal. Ini sesuai untuk mereka yang ingin berniaga tetapi tiada modal, tiada pengetahuan, tiada kenderaan untuk pos barang. Bak kata sifu berniaga : Kita bermula dari apa yang ada di tangan

Anda bagaimana??

www.norazlinanajib.blogspot.com
#janapendapatandenganABDR


Thursday 30 July 2015

Jurnal 23/44 : ADA dan TIADA

Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : Google 



Ayat ini tiba-tiba terlintas di hati saya :

ada orang ADA MODAL tapi TIDAK TAHU berniaga 
Ada orang ADA MODAL tapi TIDAK BERANI berniaga
Ada orang ADA MODAL tapi MALAS berusaha
ada orang ADA MODAL dan TAHU, BERANI & RAJIN berniaga

ada orang TIADA MODAL tapi TIDAK TAHU berniaga 
Ada orang TIADA MODAL tapi TIDAK BERANI berniaga
Ada orang TIADAMODAL tapi MALAS berusaha
ada orang TIADA MODAL dan TAHU, BERANI & RAJIN berniaga

Anda yang mana satu? 

Jurnal 22/44 : Sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)

Teks : Nor Azlina Najib/Group ABDR
Gambar : ABDR

Sejak akhir-akhir ini, saya kerap mendapat persoalan mengenai kelas atau menjadi pengurus online Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) seperti saya. Persoalan kadangkala di utarakan melalui messenger Facebook atau WhatsApp. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang berminat, secara tidak langsung saya tahu ada pembaca pada penulisan yang saya kongsikan.

Soalan yang kerap di ajukan adalah

Soalan 1 : bagaimana mahu mengikuti kelas atau rakan niaga ABDR? 

Syarat asasnya adalah anda perlu pilih salah satu Blog ABDR iaitu : 
  • Kelas Blog Penulisan & Pengurus Online ABDR (Yuran RM250)
  • Kelas Blog Bisnes & Pengurus Online ABDR (Yuran RM300)
Soalan selanjutnya : Apa beza Blog Penulisan & Blog Bisnes?

Blog Penulisan merupakan medium kepada pelajar untuk menulis berdasarkan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada. Ianya boleh dijadikan panduan kepada pembaca di luar sana dan secara tidak langsung blog anda akan menjadi salah satu daripada kaedah pemasaran.

Contohnya anda minat memasak, maka anda kongsikan resepi, rahsia, tips-tips masakan di dalam blog. Apabila pembaca di luar sana membaca dan mengikuti penulisan anda, maka anda telah membentuk pengaruh pembaca yang boleh ditukar kepada prospek pelanggan anda.

Blog Bisnes pula adalah membina kedai atas talian (online) berdasarkan produk atau servis. Contohnya produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan dan seterusnya. Kelas ini sesuai untuk surirumah yang tiada asas atau pengetahuan tentang urusniaga online. Kepada anda yang hendak memulakan berniaga, tetapi tidak tahu cara atau tidak ada produk, anda dinasihatkan untuk memilih Kelas Blog Bisnes.

Contoh kelas Blog Bisnes : Blog Nor Azlina Najib

Soalan 3 : Apa yang saya dapat bila membayar yuran kelas?

Sekiranya anda sudah membuat pilihan kelas, maka anda akan di beri tunjuk ajar mengikut masa yang fleksibel, nota tutorial bergambar, dan network bersama 1000 blogger alumni akademi yang merupakan usahawan online dan WAHM.

Ohh ya, anda juga layak mendapatkan ebook sebagai BONUS penyertaan.
  1. Kelas Blog Penulisan (Bonus 6 eBook) 

  • eBook Belajar Asas Blog
  • eBook Super WAHM Super MOM
  • eBook Mula Bisnes Butik
  • eBook 101 Idea Bisnes
  • eBook Yeay! Mama sudah 'resign'
  • eBook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online 


2.  Kelas Blog Bines (10 eBook)
  • eBook Belajar Asas Blog
  • eBook Super WAHM Super MOM
  • eBook Mula Bisnes Butik
  • eBook 101 Idea Bisnes
  • eBook Yeay! Mama sudah 'resign'
  • eBook 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online 
  • eBook Panduan 44 hari Berpantang (Moden/Tradisional)
  • eBook Resepi 44 Pantang
  • eBook Rahsia Khidmat Pelanggan
  • eBook Panduan Rakan Niaga
Soalan 4 : Bagaimana saya mahu mendaftar dan membuat pembayaran?

Jika anda sudah bersedia menyertai kami, maka urusan pendaftaran boleh hubungi saya di :

emel : norazlinanajib@gmail.com
sms/whatsapp/telegram : 0164442134

atau terus isikan Borang Tempahan di sini ---> KLIK SINI 
dan maklumkan kepada saya untuk sesi memulakan kelas 

Dengan ini, saya harap pembaca blog  saya jelas dengan kelas ABDR tawarkan. Jika ada sebarang kekeliruan, boleh ajukan pertanyaan lanjut kepada saya ya. 



Wednesday 29 July 2015

Jurnal 21/44 : Tips Kurus selepas Ramadhan

Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : FB Zelmey Yusof


Sudah agak lama tidak mempromosikan L'arome di dinding muka buku lantaran kerana saya yakin produk yang hebat, berkesan akan mudah untuk mendapatkan testimoni sebenar dan pelanggan yang berulang.

Sekarang musim open house, atau rumah terbuka dan termasuk pejabat terbuka. Adat orang menjemput, wajarlah dipenuhi jemputan tersebut. Menu yang dihidangkan pula menambat selera dan nafsu makan yang sebelum ini tergenggam kemas dalam bulan Ramadhan. 

Mungkin anda seorang yang berdisiplin dalam meneruskan diet, atau masih berpuasa ganti/puasa 6 Syawal, tetapi sebagai "food lover" anda sukar untuk menolak apa jua juadah yang terhidang dan tidak mustahil anda berupaya menambahkan berat badan anda 3KG dalam tempoh 3 hari, 5 hari atau 7 hari.

Sedangkan 3kg itu adalah hasil berpuasa 30 hari Ramadhan, anda berjaya top-up 3kg tersebut dalam tempoh 5 hari di bulan Syawal.


Mujur stok L'arome sedia ada sebagai salah seorang Stokis Mobile, jadinya untuk mendapatkan stok itu lebih mudah cepat & pantas. Hanya dengan sapuan, dapat mengekalkan berat badan ideal atau ukur lilit bentuk badan anda. Bukan itu sahaja, , malah L'arome Warm Serum ini juga mampu menghilangkan lemak dibahagian peha, lengan dan dagu berlapis.

Jom sapu L'arome sebelum menghadiri open house...
Berminat ?? sms/whatsapp 0164442134

www.norazlinanajib.blogspot.com
#janapendapatandenganABDR

Tuesday 7 July 2015

Jurnal 20/44 : Panduan kepada suri bekerjaya sebelum berhenti kerja.

Teks : Nor Azlina Najib
Sumber : FB Puan Ainon Mohd. & Wikipedia 

Assalamualaikum w.b.t. Semoga pembaca yang mengikuti blog ini mendapat manfaat dalam setiap penulisan saya, insha Allah.

Pagi ini, saya sekali untuk berkongsi tips yang saya perolehi daripada laman muka buku Puan Ainon Mohd. Siapa Puan Ainon Mohd ini? 




Beliau adalah seorang usahawan dan penulis yang kreatif dan aktif, bukan sahaja penulisan secara hardcopy (buku/majalah), tetapi juga di laman maya. Beliau juga adalah pengasas yang menubuhkan syarikah PTS Media Group Sdn Bhd. Pembacaan lanjut profail beliau boleh di perolehi dari laman sesawang PTS.

Soalan yang diajukan kepada Puan Ainon yang dikongsi di facebook beliau adalah : 



Dan apa yang menariknya adalah jawapan dan idea yang diberikan oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang ini.





  • Shamsurizam Norsham Hati-hati, pertambahan jualan akan menyebabkan pertambahan kos operasi... oleh itu, kena pastikan pertambahan kos operasi dapat diminimumkan dan cash flow dapat ditingkatkan dengan kempen pemasaran yang berkesan smile emoticon
    Like · Reply · 17 · 2 hrs
  • Supar Hammerhead Don PENDAPAT SAYA... BUAT SAMPINGAN DULU... kemudian bila dah ada modal, ambil pekerja walaupun sorang ... lengkapkan mesin dan peralatan bakery.. luaskan pasaran.. tambah pekerja.. BILA DAH BOLEH JANA PENDAPATAN YANG KUKUH... baru fikir berhenti atau pencen awal....
    Unlike · Reply · 21 ·


Armin Razita Please pastikan keuntuntungan kek konsisten at least setahun atau lebih. Gaji 3k dapat sbg guru tu sebenarnya lebih nilai dari itu, sbb termasuk cuti , bil hospital/ klinik/ pergigian, persaraan ( pencen/ kwsp), bonus dan sebagainya.... pastikan bekerja sendiri dapat cover lebih dari ini..
Like · Reply · 7 · 1 hr · Edited

Md Kamal Nordin Saya nasihatkan.. belajar kawal emosi dulu.. Jangan berhenti kerja makan gaji dulu kecuali pendapatan bersih bisnes kek Puan mencecah 2 kali ganda dari pendapatan tetap sekarang.. Ingat pepatah.. "ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu"..
.

- Kuasai Diri Sendiri
- Kuasai Teknik Jualan
- Kuasai Pengurusan Kewangan & Operasi
.
Cara paling murah & mudah adalah bergabung dengan Marketer di sini untuk tingkatkan jualan.. Barulah anda boleh fokus kepada kualiti & operasi.. Jgn takut ambil pekerja utk bantu anda.. Selamat Berjaya! like emoticon
Like · Reply · 14 · 1 hr · Edited

NZ Noor Zarina Subari Tambah ilmu bakery lagi..kek, kuih muih, kuih raya, doorgift..cupcake/muffin/apam ect..bukan hari-hari orang oder kek..ambil tempahan perkahwinan..colaborate dengan company katering..apabila permintaan melebihi kemampuan, buat sub oder dengan teman2 bakery yang lain/ambil pekerja sambilan..

**jauh perjalanan nya..ini ape yang 'kami' buat sebelum kami diberhenti kankan kerja..makan masa..
Like · Reply · 9 · 2 hrs


Bidang bakery atau pembuatan kek, biskut malahan coklat merupakan salah satu bidang yang boleh memberikan anda idea untuk menjana pendapatan tambahan walaupun anda masih bekerja, kerana peruntukan masa boleh di gunakan waktu cuti hujung minggu dan dihasilkan di ruang dapur sedia ada kini.

Mungkin entry kali ini boleh dijadikan panduan kepada anda yang berminat dalam bidang yang sama, atau sedang terjun dalam bidang yang sama dan berhajat untuk berhenti kerja setelah beberapa lama membuat perniagaan secara separuh masa. 

Monday 6 July 2015

Giveaway Contest : Mega Ramadhan ATJ Giveaway

Teks : Nor Azlina Najib
Gambar : Amal Till Jannah (ATJ)


Sedikit pengenalan mengenai penubuhan projek Amal Till Jannah (ATJ)


1. Ditubuhkan pada 1hb Januari 2015 



2. Pengasas ATJ adalah Puan Rosyamila binti Yunus

3. Misi ATJ adalah membantu anak-anak yatim, tahfiz, rumah orang tua, fakir miskin, pesakit kronik, gelandangan, asnaf serta golongan yang memerlukan.

4. Objektif ATJ adalah mendidik diri mendekati Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w melalui saluran sedekah.

5. Matlamat akan datang - meluaskan pelbagai program dakwah dan kerohanian di pelbagai daerah dan negeri melibatkan kanak-kanak hingga warga emas melalui program yang bakal dirancangkan.

6. Harapan utama ATJ adalah untuk melihat kejayaan umat Islam dalam pelbagai bidang ekonomi, sosial dan politik dengan mengutamakan prinsip dan syariah Islam. Semoga ATJ mejadi medium bagi umat Islam menyalurkan sedekah, ilmu serta tenaga dalam mencari redha Allah s.w.t

  
Cara Menyertai MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY amat mudah iaitu;
  
Syarat untuk menyertai ;

1. Buat satu entri bertajuk  MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY 
2. Copy banner/logo diatas, pastekan ke dalam entri blog dan backlink ke page ini.
 3. Anda cuma perlu like page INI --->
https://m.facebook.com/profile.php?id=926402460743910
5. Komen link entry anda sebagai pengesahan anda telah membuat entry dibawah
6. TARIKH PENYERTAAN BERMULA DARIPADA 1 JULAI - 31 JULAI
7. Keputusan adalah MUKTAMAD
Dah join dapat hadiah pula tau....haa rugi tak join.
HADIAH MENARIK menanti 10 PEMENANG BERTUAH YANG AKAN DIPILIH OLEH ADMIN ATJ
Antara Hadiah MENARIK yang disediakan : 
Hadiah Pertama 1x Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) 1x Buku Allah Tempat Meminta (ATM) 1x Buku Amalan Orang Soleh

Hadiah Kedua
1x Buku Allah Tempat Meminta (ATM) 1x Sampul Raya ATJ 1x Buku Amalan Orang Soleh
Hadiah Ketiga 1x Stiker Kereta ATJ 1x Buku Amalan Orang Soleh 1x Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)
Hadiah Keempat - Kesepuluh 1x Buku Amalan Orang Soleh 1x Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)


[PROJEK AMAL TILL JANNAH]

Ramadhan giveaway contest 1 Julai sehingga 31 Julai 2015

Jom ramai-ramai blogger join, sambil support program AMAL TILL Jannah​

Wednesday 1 July 2015

Nota inspirasi

Rahsia Pecutan Bisnes 1 (FB : Sham Edymall)

Inspirasi kendiri

1. Saya selalu lakukan perkara yang menaikkan semangat saya seperti mengingatkan diri ini bertapa saya amat diperlukan untuk membantu keluarga terutamanya dalam kewangan...

2. Saya juga tulis secara spesifik apa yg saya nak dan tertulis nilai ringgit serta masa untuk mencapainya...

3. Saya join group bisnes yg offline iaitu bni solusi. Setiap jumaat berjumpa 60 insan hebat dari pelbagai bisnes. Anda pun boleh join juga dan yg online, saya ada group inner circle yg sentiasa bertindak balas utk saya maju ke depan...ini menyebabkan saya terpengaruh nilai2 positif daripada mereka...

Ni baru 1 faktor, ada lagi 6... Nak saya share lagi? Just komen di bawah... Akan menyusul rahsia kedua pula di salah satu komen di bawah :)

Moga bermanfaat :) like jika dah baca. Tq