Thursday 3 September 2015

Jurnal 29/44 ; Dugaan Cabaran Kehidupan

Teks : Nor Azlina Najib

Sungguh aku buntu, lelah dalam memikirkan masa-masa hadapan, terkadang kita akan berada di puncak kejayaan. Terkadang kita akan berada di bawah tapak kaki, lumat di henyak, dipijak dek dugaan. Tapi apakah aku akan menyerah kalah? Atau bangun menentang arus...

Aku tak faham kenapa hati ini begitu pantas untuk coretkan di sini, pengalaman hari ini. Bermula dari kegagalan mengeluarkan amaun untuk membayar yuran pendaftaran sekolah anak, kecuaian hingga basah separuh badan akibat tertumpah air ketika kalut mengejar waktu, pejabat pos sudah selesai urusniaga bila mahu membeli setem bagi tujuan pendaftaran sekolah anak. Semuanya hanya kerana ingin memastikan anak bersekolah di SERI ABIM.

Terduduk sebentar di Jusco Cheras Selatan sambil menunggu hujan reda, tatkala di sapa seorang sukarelawan dari Tahfiz Alquran dan Arabic Malaysia yang juga ada kaitan dengan ABIM. Usai berbicara sepatah dua kata, aku masih lagi terkelip-kelip mata (tanpa bunyi klip plok klip plok). Apakah ini satu suratan atau semuanya satu kebetulan?

Allah duga aku sedikit sahaja ujian kesabaran, tapi Allah beri 10x nikmat yang nyata, yang membina semangat untuk meneruskan hajat untuk sekolah kakak di situ. Walaupun agak mustahil, tapi aku berharap impian aku yang lalu bakal diteruskan oleh kakak.

Mungkin aku tak mampu untuk mengajar hadis, apatah lagi menyusun patah-patah bahasa arab supaya lebih memahami Alquran...sekurang-kurangnya usaha ini dapat membentuk generasi cintakan Alquran, cintakan agama.

Esok hari terakhir untuk penyerahan borang fizikal, hari Sabtu hari ujian kelayakan. Di saat itu, penyerahan kepada Allah. Andai kata rezeki kakak di situ, alhamdulillah

No comments:

Post a Comment